Wednesday, January 27, 2010

Services for UNIVERSITI/ KOLEJ/ INSTITUT/MAKTAB

Secara keseluruhannya bagi pihak universiti,kolej,institut dan maktab kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut:


a) Bahan Terpaulin Dan Kanvas Konvokesyen 

Banner dan bunting untuk gerai-gerai yang akan mengambil bahagian semasa majlis berlangsung.


b) Katering Konvokesyen

Kami menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman yang terdiri daripada pelbagai menu pilihan mengikut kemahuan dan kesesuaian pihak pelanggan.


c) Percetakan Buku Cenderamata Konvokesyen

Buku cenderamata akan dihasilkan mengikut rekaan dan permintaan pelanggan.


d) Kad Jemputan Konvokesyen

Pelbagai rekaan dan grafik terkini disediakan untuk disesuaikan dengan imej serta permintaan pelanggan.


e) Anugerah Graduan Konvokesyen

Bagi graduan yang berjaya dengan cemerlang dalam program yang diambil, pastinya penerimaan hadiah yang istimewa daripada pihak institusi akan membuahkan rasa dihargai dan kesetiaan terhadap institusi. Selain daripada Anugerah Khas yang seringkali diraih oleh graduan, kami di BIG MEDIA WORKS menyediakan pelbagai pakej menarik bagi meraikan graduan cemerlang,


f) Gerai Konvokesyen

Perkhidmatan setting-up gerai-gerai jualan daripada pelbagai reka bentuk mengikut kesesuaian tapak majlis.


g) Rakaman Konvokesyen

Abadikan kenangan yang berharga bagi graduan anda dengan merakam detik-detik bahagia konvokesyen mereka. Perkhidmatan rakaman ini memastikan segala memori manis detik konvokesyen mereka tersimpan kemas selamanya.


h) Jubah Konvokesyen

Perkhidmatan susun atur, pengagihan dan dobi bagi jubah konvokesyen.


i) Cenderahati Dan Hadiah Konvokesyen

Hari konvokesyen pastinya tidak lengkap tanpa cenderahati untuk dibawa pulang. Memahami situasi ini, kami di BIG MEDIA WORKS menyediakan pelbagai jenis cenderamata seperti pen, pensil, topi, t-shirt, gambar dan pelbagai lagi.


j) Khemah, Meja Hidang, Alas Dan Skirting Kerusi Konvokesyen

Kami menyediakan khidmat pemasangan khemah, meja hidang, alas dan juga skirting untuk kerusi yang akan digunakan semasa berlangsungnya majlis konvokesyen tersebut. Pelbagai warna, jenis kain dan reka bentuk tersedia bagi memberi lebih variasi dan pilihan untuk pihak institusi.


k) Pentas Dan Hiasan

Selain merupakan hari yang bersejarah bagi graduan, imej dan status institusi juga tergambar melalui susun atur, dekorasi pentas dan hiasan majlis. Kami di BIG MEDIA WORKS memberikan perkhidmatan penyediaan pentas dan hiasan mengikut kesesuaian institusi, termasuklah dekorasi menggunakan bunga-bunga segar yang pastinya akan menjadikan suasana lebih meriah.


l) Perkhidmatan Perfileman Rakaman Dan Fotografi Konvokesyen

Selain daripada rakaman detik bersejarah konvokesyen, graduan pastinya akan lebih teruja sekiranya institusi menyediakan khidmat fotografi dan menfilemkan majlis konvokesyen mereka. Khidmat yang istimewa ini disediakan oleh kami mengikut pakej-pakej tertentu sama ada memberi fokus kepada sesuatu program atau fakulti.


m) Sewa Kenderaan Konvokesyen

Kesibukan dan kesesakan lalu-lintas merupakan situasi yang lazim semasa majlis konvokesyen berlangsung dan menyedari hakikat ini, kami menyediakan khidmat penyewaan kenderaan seperti bas, motorsikal dan kereta. Perkhidmatan penyewaan kenderaan di dalam kawasan kampus akan memudahkan institusi dan juga graduan dalam memastikan perjalanan majlis yang lancar dan mengelakkan insiden yang tidak diingini.


n) T-Shirt Dan Topi Konvokesyen

BIG MEDIA WORKS menawarkan khidmat penyediaan pakaian khas hari konvokesyen untuk petugas-petugas majlis. Keseragaman dari pelbagai warna dan reka bentuk t-shirt sehinggalah kepada topi disediakan untuk menjadikan majlis lebih formal dan kemas.