Tuesday, February 2, 2010

Bunga Konvokesyen

 


c) Bunga Konvokesyen

Sekuntum mawar merah, ataupun sejambak lily disertai dengan patung beruang comel lengkap berpakaian konvokesyen pastinya akan memikat mata yang memandang dan mengusik hati penerima di hari yang penuh bersejarah. Kegembiraan tergambar pada wajah-wajah para graduan dengan pemberian tak terduga dari insan-insan tersayang. Gabungan pelbagai jenis dan warna bunga-bunga segar, coklat berjenama terkenal serta patung beruang konvokesyen yang comel dari pelbagai pakej yang disediakan oleh kami di BIG MEDIA WORKS pastinya akan menyebabkan para pelawat rambang mata dan sukar untuk membuat pilihan.