b) Fotografi Konvokesyen
Kami memeriahkan lagi hari konvokesyen dengan memberikan peluang dan ruang untuk para graduan mengabadikan kenangan bersama keluarga, rakan-rakan dan juga yang tersayang melalui khidmat fotografi yang disediakan. Selain daripada gambar-gambar yang formal, terdapat juga perkhidmatan editing bagi menampilkan gambar-gambar yang lebih menarik dengan dilengkapi rekaan serta grafik terkini mengikut kehendak dan citarasa pelanggan.